Lontong Bersama Ayam Masak Merah

 

Lontong Ayam Masak Merah

Awal pagi ini saya terpandangkan lebihan Ketupat Adabi ketika dibeli sempena Syawal haritu.  Terus terlintas difikiran saya untuk masak menu kegemaran anak-anak dipagi raya. So awal-awal pagi lagi saya dah merebus Ketupat Adabi tu supaya dapat rebus lebih dari 4 jam. Kalau mengikut pengalaman saya,  ketupat segera perlu direbus sekurang-kurangnya 5 jam supaya ketupat tu masak elok isinya dan melambatkan dari basi. Lepas 5 jam direbus saya toskan dia supaya tidak terendam dengan air. 
Bermula Jam 5 saya telah membuat persediaan masakan resepi Ayam Masak Merah Madu kegemaran saya.  Resepi ni adalah resepi  saya sendiri. Disini saya sediakan Resipi lengkap ya. 

Bahan Utama :
Ayam- setengah ekor dipotong sederhana digaul (Garam,Kunyit,Sedikit tepung Bestari) 
Cili Kering - Dikisar halus
Bawang Merah - Dikisar halus
Bawang Putih - Dikisar halus
Rempah 3 sekawan 
Serai - Diketuk
Halia - Dicincang
Sos Cili
Sos Tiram
Gula
Madu
Garam
Penambah Perisa

Cara-cara:
Ayam yang telah siap dicuci digaul dengan  garam,kunit dan tepung bestari kemudian digoreng sehingga masak. 

untuk kuah masak merah pula mual-mula,masukan bawang merah,bawang putih,rempah 3 sekawan,serai dan halia,tumis sehingga naik bau. kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga naik bau.

Setelah masak masukkan sos tiram,sos cili,gula, madudanpenambah perisa. Akhir sekali masukkan ayam dan gaul.Tadaa....SIAP!

Untuk lodeh kita jumpadi next post ok.thank you...


Comments